Thursday, February 10, 2011

SIGITARIUS....


to see more clearly.. juz click at the picture above.. :)

DL

alhamduliah... syukur kpada ALLAH...

aku x sangka yang akan dpat anugerah sebegini.. aku sangka DL for CGPA... tp disebaliknya...

alhamdulilah..

ht aku btol2 girang... nasib baik aku mempunyai kwan yg baik ht dan double check kan result....

thanks to yusoff sbb buat double check up...

x lupew gak housemate aku.... aten,azeera and nana sbb inform kt aku...

thanks kowank... guys....

aku da setaraf nagn kowank.. hhehehehe... aku x rendah dr lg... hehehe....

sbb kowank juga lah aku bleh b'jaye sebegini sbb blajar dr kowank..

thanks a lot u all.....

Sunday, February 6, 2011

GUYS.... U HAVE TO READ THIS!!! IMPORTANT..

Setiap insan pastinya pernah menangis, setidak-tidaknya ketika bayi. Tangisan tidak selalu melambangkan kelemahan seseorang, tangisan tidak semestinya menunjukkan bahawa seseorang itu sedang bersedih. Ada tangisan tanda merayu, ada tanda insaf terutamanya apabila menghadap ALLAH S.W.T dan ada pula tangisan kegembiraan.

Menangis adalah sesuatu yang normal di kalangan manusia. Tidak kira lelaki atau perempuan, kedua-duanya mempunyai perasaan dan ada ketikanya akan menitisakan air mata. Menangis tidak terbatas pada peresaan sedih malah berkait rapat dengan kebahagiaan dan kegembiraan. Menangis merupakan satu cara seseorang meluahkan perasaan sama ada sedih atau gembira, ia dapat meredakan kerisauan. Istilah menangis merujuk kepada tindakan mengeluarkan air mata sebagai respons terhadap pelbagai emosi yang dihasilkan manusia. Ini adalah fitrah semula jadi anugerah ALLAH S.W.T kepada manusia.

Ada bermacam-macam jenis tangisan dan semuanya mempunyai kaitan dengan factor psikologi, kimia, dan komposisi hormone. Air mata yang bergenang ada kalanya diikuti dengan tangisasn yang lebih kuat hingga tersedu-sedan. Kajian menunjukkan ramai yang tertekan berasa lega selepas menangis begini. Tangisan tersebut memberi kesan yang baik pada emosi seseorang seperti juga ketawa. Terdapat pelbagai cara lain untuk melegakan perasaan selain menangis, seperti beriadah, berbual dan sebagainya.

Kajian juga mengatakan, menangis dapat memanjangkan usia kaum HAWA kerana air mata mengandungi racun yang dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan. Keadaan ini menjadikan tubuh bebas daripada racun dan dapt membasuh mata serta mengosongkan mata daripada kandungan racun yang muncul akibat ketegangan urat saraf.

Menurut kajian oleh OFTAMOLOGI, JERMAN, secara purata wanita menangis antara 30 hingga 64 kali setahun namun lelaki pula menangis sekitar 6 hingga 17 kali setahun. Tempoh masa tangisan lelaki mengambil masa antara 2 hingga 4 minit. Dan wanita pula mengambil masa kira-kira 6 minit bagi setipa tangisan.